Isolasi Selulosa Fibril-nano melalui Sonikasi Berintensiti Tinggi

Tumbuhan hijau disekeliling kita kaya dengan fiber dimana dapat digunakan dalam aplikasi tertentu. Terdapat banyak teknik penghasilan fiber telah dilakukan untuk mendapatkan fiber dalam bentuk pukal. Kumpulan penyelidik dari Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi telah menerbitkan hasil penyelidikan melalui adaptasi ultrasonikasi berintensiti tinggi dalam pemprosesan pengasingan selulosa fibril nano. Teknik ini sangat jimat, menjimatkan masa dan proses mesra alam. Tiga jenis serat organic mentah iaitu pseudostem pisang, batang kelapa sawit, dan bast kenaf telah diselidik untuk penghasilan selulosa fibril nano. Rajah 1 menunjukkan mikrograf Mikroskop Elektron Transmisi (TEM), mengesahkan adanya nanofibril dalam ketiga-tiga jenis selulosa fibril nano. Kajian ini dapat disimpulkan bahawa sonikasi berintensiti tinggi dapat mempermudahkan lagi proses kompleks pengasingan selulosa fibril nano secara pukal, untuk penggunaan dalam industri amnya.

Rajah 1. Imej TEM bagi selulosa fibril nano yang diekstrak daripada (A) pseudostem pisang (B) kelapa sawit dan (C) bast kenaf. Panah merah menunjukkan selulosa sementara bulatan merah menunjukkan kehadiran selulosa nanokristal. (https://doi.org/10.1080/15440478.2021.1881021)

Disediakan oleh,

AN'AMT MOHAMED NOOR